Isnin, 6 Mei 2013

Perlu ke kita bercinta ?

Alhamdulillah, kali ini ingin saya berkongsi sedikit pandangan tentang cinta. Cinta? Ye, pasal cinta.
Tajuk di atas bermaksud adakah kita perlu bercinta? Kalau jawapannya ya. Kenapa? Penting sangat ke? Itu sebentar lagi saya akan berikan pandangan saya terhadap cinta.


C . I . N . T . A

Bila disebut tentang cinta, apa yang terlintas di fikiran kalian semua? Mungkin ada di antara kita akan menjawab pasangan ala-ala laila majnun  couple tu la yang dikatakan bercinta, dan mungkin juga ada yang menjawab cinta kepada ALLAH, RASULULLAH SAW, dan ISLAM. Alhamdulillah. :)

Pada pendapat saya tentang cinta. Cinta itu penting lebih-lebih lagi cinta yang ditujukan khas kepada ALLAH SWT pencipta kita. Semua mesti dah tahu kan. Bahawa ALLAH SWT yang mencipta dan memberikan cinta kepada hamba-hambaNYA :) Baik ALLAH kan, siap bagi kita hidup..bukan setakat hidup free saja. Malah diberinya cinta. Cinta itu juga adalah satu amanah dan ujian buat manusia.

Bercinta itu perlu. Kenapa pula?
Kerana dengan cinta kita dapat hidup lebih bersemangat sampai ke hari ini. Bercintalah dengan ALLAH SWT, itu memang perlu. Bukan saja perlu malah sangat-sangat penting untuk terus bernafas di atas bumi ini dan seterusnya menuju bahagia ke syurga. in shaa ALLAH :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan