Ahad, 3 November 2013

Salam Maal Hijrah ^_^

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Alhamdulillah, akhirnya ada juga kesempatan untuk saya menulis di blog kecil ni. Ok, berbalik kepada tajuk di atas. Salam MAAL HIJRAH. Ok, maal hijrah bermakna akan masuknya bulan Muharram atau lebih dikenali sebagai awal Muharram. Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar ISLAM. Januari pula merupakan bulan pertama bagi kalendar Masihi..

Ok, di bawah ini saya sertakan sekali bacaan doa akhir dan awal tahun.

Doa Akhir Tahun pun kena baca juga. Waktu bacaannya lepas solat Asar (sebelum masuknya waktu Maghrib)
Diikuti dengan Doa Awal Tahun pula dibaca selepas solat Maghrib.
Mudah mudahan segala amal kita diterima oleh ALLAH SWT Tuhan Penguasa Langit & Bumi.
Sampai sini sajalah kita bertemu..in shaa ALLAH, esok lusa kita jumpa lagi. 
Assalamualaikum.. :)

Ahad, 2 Jun 2013

Seindah Kasih KHALIFAH 2

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup hari ini. Tahniah saya ucapkan kerana masih mahu menjadi khalifah di atas bumi ini.

Ok, pertama sekali saya mohon maaf andai ada catatan saya di blog mengganggu hati-hati kalian semua. Semua kena ingat ye, apa sahaja yang saya kongsikan di blog kecil ini semuanya demi menjadikan diri ini ke arah yang lebih baik. Moga-moga ada manfaat bersama. :)

Berkaitan tajuk di atas, Seindah Kasih KHALIFAH 2. Apa tu? Tajuk drama ke? Atau novel?
Bukan. Bukan drama mahupun novel. Tapi itu adalah nama blog saya ini. 

Dengan izin ALLAH jua, blog ini saya ingin tampilkan dengan konsep yang agak berbeza dengan blog saya yang dulu-dulu. Harap nama blog ni kekal sampai akhir hayat saya. :)

KONSEP BLOG SKK 2 >>> Apa yang ingin ditonjolkan kepada kalian semua? Blog ini saya cipta bukan semata-mata untuk mencari hiburan. Tapi, saya ingin mencari kepuasan untuk menulis. Walaupun tidak banyak benda yang boleh saya tulis namun, saya nak juga kongsikan segala ilmu untuk manfaat bersama. Maklumlah, kita bukanlah insan yang sempurna. Kita banyak kekurangannya.

MAKSUD SKK >>> Seindah Kasih KHALIFAH. Memang bunyinya seperti novel kan? Tapi, kenapa khalifah? Semua sedia maklum, khalifah bermaksud pemimpin. Pemimpin atau ketua yang diamanahkan untuk menjaga dan membimbing ke arah kebaikan.
Saya adalah khalifah. Kalian semua juga adalah khalifah. Pemimpin. Khalifah kepada diri, masyarakat dan bumi(agama).

MAKSUD UTAMA SKK >>> Saya sebagai khalifah kasih kepada kalian semua. Malah, saya juga kasih kepada diri saya sendiri. Itulah makna daripada nama blog saya ini.

SEINDAH KASIH KHALIFAH  2  ^_^

Untuk pengetahuan sahabat semua. Blog Seindah Kasih KHALIFAH ini punya siri 1 ye. Konsep tetap sama.
Nanti saya kongsikan linknya ye. :)

Khamis, 30 Mei 2013

Nak kenal iblis ?

Assalamualaikum semua dan selamat berjuang buat kalian semua kerana masih lagi sanggup untuk teruskan hidup di atas muka bumi ini. Tahniah saya ucapkan. :)

Nak kenal Iblis? What? Iblis? Kenapa nak kena kenal benda tu? Bencilah aku.
Baguslah kalau sudah membenci makhluk ni. Tapi, benci saja tidak cukup wahai sahabat. Kita juga harus mengenalinya. Tapi, just kenal biasa-biasa saja. Cukup kenal bahawa dia juga makhluk ALLAH SWT seperti kita. Cukup itu sahaja.

Ok, kali ini saya nak kalian dan saya kenal siapa sahabat-sahabat iblis dan siapa pula musuhnya.
Yang pertama, kita kenal dulu siapa musuh-musuh iblis.

MUSUH-MUSUH Iblis

  • RASULULLAH SAW sendiri.
  • Orang beriman yang suka bagi nasihat ke arah kebaikan.
  • Orang beriman yang sentiasa bertaubat di atas dosanya.
  • Orang beriman yang berakhlak mulia/mahmudah/terpuji
  • Orang beriman yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
  • Orang beriman yang sentiasa berwuduk.
  • Orang beriman yang tidak mahu melakukan sesuatu yang haram.
  • Orang beriman yang mengerjakan solat dengan penuh khusyuk.
  • Ketua negara atau pemerintah/ imam yang adil.
  • Orang kaya yang rendah hati.
  • Peniaga yang jujur dan amanah.
  • Orang beriman yang beristiqomah dalam membaca AL-QURAN.
  • Orang yang bangun solat di waktu tengah malam sedang orang lain tidur.
Ok, itu musuh-musuh dia. Alhamdulillah, kalau kita jadi musuh iblis itu maknanya kita berjaya membuat dia marah. Baguslah kan. 
Yang kedua, kita kenal pula siapa dia sahabat-sahabat iblis. Bahaya ni. Kalau ada tanda-tanda jadi sahabat dia. Cepat-cepatlah berazam untuk berubah ye. :)

SAHABAT-SAHABAT Iblis
  • Orang kaya yang sombong.
  • Peminum arak
  • Hakim yang tidak adil. (bukan hakim saja. Hakim ni termasuk suami, ketua keluarga, pemerintah)
  • Peniaga yang tidak jujur.
  • Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
  • Orang yang memakan harata anak yatim.
  • Orang yang beramal kerana nama.
  • Orang yang suka duduk termenung dan mengelamun.
  • Penghasut dan pendengki bila nampak orang lain dapat kesenangan

Ok, itu dia sahabat-sahabat iblis. Sebenarnya banyak lagi saya rasa. Tapi,ingatlah semua kelakuan-kelakuan yang kurang baik/mazmumah itu semua akan membuatkan kita menjadi sahabat dan mungkin teman yang rapat sekali dengan iblis. Mesti kita tak nak kan? Takut kut...hehe

Jumaat, 24 Mei 2013

Sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W (bahagian 1)


Assalamualaikum kepada semua umat islam di seluruh Malaysia...
Alhamdulillah, kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya rasa ilmu ni bagus untuk kita semua. in shaa ALLAH, bagus... :) 

Tentang sunnah-sunnah RASULULLAH SAW :)

Sunnah yang pertama ingin saya bicarakan adalah..sunnah bangun daripada tidur...mungkin sunnah ini sering diabaikan..atau ada yang kurang jelas tentangnya lagi...
Tak apalah..kita sama-sama berkongsi sunnah nabi ye..

1.Bila kalian bangun je, sapulah kedua tapak tangan tu ke atas muka kalian kerana apa ya? Supaya menagntuk kalian hilang..Insya-ALLAH.

2.Bila bangun tu..bacalah doa lepas bangun tidur. Paling mudah ucap Alhamdulillah :)
Itu sebagai tanda kita bersyukur dapat hidup lagi..

3.Gosok gigilah..lepas tu?

 Lepas tu SOLAT SUBUH.. :)

okey, yang tadi tu sunnah selepas bangun tidur..SUNNAH yang kedua pulak kita masuk bab SUNNAH BERSIWAK..kalau tak tau maksudnya..boleh semak kamus

Ok..masa kalian ambil air sembahyang, kalau kalian gosok gigi dengan siwak...itu namanya sunnah..

Banyak kelebihan bersiwak ni...nak tahu tak? kalau nak sila lihat di bawah ... :)


1.menghilangkan bau busuk dan dpt tambahkan deria rasa kalian semua...

2.Tajamkan ingatan kalian...

3.Menghilangkan gelema dan kahak..

4.Bau mulut jadi harum...

5.Adanya cahaya (nur) pada wajah kalian..(bagi yg sentiasa amalkannya)

6.Gigi kalian pun jadi putih berseri spt bulan purnama..

7.Dapat kuatkan penglihatan kalian..

8.Dapat keredhaan ALLAH SWT (ini yg penting sekali)


Waktu yang SUNNAH BERSIWAK...adalah...

1.Bila kalian nak baca AL-QURAN/HADIS.

2.Bila mulut kalian ada bau yang tak menyenangkan..(faham-fahamlah ye)

3.Bila nak berzikir...

4.Sebelum kalian (suami-isteri) hendak bersama.
(yg belum jadi suami-isteri....jangan nak gatal-gatal)

5.Lepas kalian pergi mana-mana...kalian masuk rumah, terus bersiwak..

6.Bila kalian ada rasa lapar dan dahaga..(mungkin kalian tertanya-tanya kenapa...saya tak boleh nak jawab...yang penting ada hikmahnya tersendiri..)

7.Bila kalian rasa tanda-tanda kalian akan meninggalkan dunia yang fana ini...bolehlah bersugi...

8.Masa sahur..

9.Sebelum kalian menjamah makanan yg enak lagi halal...

10.Sebelum kalian nak pergi korea ke, MAKKAH ke..seeloknya bersugilah.. (maksudnya nak pergi jauh)

11.Sebelum kalian mau tidur..(semoga diulit mimpi indah)

12.Lepas kalian bangun dari lena yang indah tu... (lps bangun dari tidur laa..)






Rabu, 22 Mei 2013

Jalan Kembali kepada ISLAM ?

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis di blog kecil ini. Berkaitan tajuk di atas, apa yang kalian fikir? Jalan kembali kepada ISLAM, adakah? Ada ke jalan nak balik semula menjadi seorang ISLAM yang sejati?

Jawapannya pasti adalah. Dengan izin ALLAH, saya akan berikan 5 tips untuk kembali menjadi fitrah. yakni kembali kepada ISLAM. Mungkin ada di antara kita yang merasakan dirinya tidak cukup agamanya. Bukan agamanya tidak cukup, tapi mungkin kurang sedikit ilmu pengetahuannya tentang agama ISLAM.

5 Tips ini saya rompak ambil daripada akhbar Berita Harian yang bertarikh 10 Julai 2011. Persoalan Agama dalam Kolum Agama yang dijawab oleh Ustaz Zahazan Mohamed
:)

Ok, mari kita tengok tips-tipsnya :

Sekiranya kita benar-benar hendak berubah dan kembali kepada ISLAM, kita perlu memahami beberapa perkara dan beriltizam dengannya.

 Antaranya ;


  • SAYA HENDAKLAH MEMAHAMI MATLAMAT HIDUP SAYA.


ALLAH SWT berfirman dalam Surah Az-Zaariyat ayat 56 yang bermaksud;

Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk mereka beribadat (mengabdikan) kepada-KU.

  • SAYA MESTI MENGETAHUI NILAI DUNIA BERBANDING AKHIRAT.
ALLAH SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 38 yang bermaksud;

Apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat, padahal kenikmatan hidup di dunia (di bandingkan dengan kehidupan) akhirat hanyalah sedikit.

  • SAYA HENDAKLAH MENGETAHUI DAN SEDAR BAHAWA MAUT ITU SUATU PERKARA YANG PASTI DAN MESTI MENGAMBIL PELAJARAN DARINYA.
Firman ALLAH SWT dalam Surah Ali Imran ayat 185;

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahala kamu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

  • SAYA HENDAKLAH MENUNTUT ILMU AGAMA AGAR MENGETAHUI HAKIKAT ISLAM DENGAN MENDALAM, MENGETAHUI HUKUM HAKAMNYA DAN HALAL HARAMNYA.
ALLAH SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 122;

Hendaklah keluar sebahagian saja daripada tiap-tiap puak di antara mereka (pergi berperang),supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajarkaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan ALLAH).

  • SAYA MESTI MENGETAHUI APAKAH JAHILIYYAH ITU DANMENGHINDARKAN DIRI DARI TIPU DAYANYA SERTA MEMERANGINYA.
ALLAH SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 257;

ALLAH Pelindung (Penolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang kafir, penolong-penolongnya mereka adalah Taghut(segala yang menyesatkan) yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


>>>> Demikianlah langkah yang disebut Syeikh Fathi Yakan dalam kitab beliau MAZA YA'NI INTIMA'I LIL ISLAM.  <<<< Ustaz Zahazan Mohamed yang tulis. :)
Wallahua'lam :)

Isnin, 13 Mei 2013

Takbur Mama...

Assalamualaikum semua.


Alhamdulillah, masih diberi keizinan oleh ALLAH untuk terus menulis di blog kecil ni. In shaa ALLAH hari ni saya ingin berkongsi cerita tentang cerekarama yang disiarkan di tv3 pada hari Sabtu lalu 11 Mei 2013.

Tajuk cerekarama tersebut adalah seperti di atas. TAKBUR MAMA? Ye, itu tajuknya. Kalau dilihat dari tajuk sudah tentu kita dapat agak bagaimana jalan ceritanya. Mesti dalam cerita itu, seorang ibu atau mama digambarkan seorang yang agak takbur atau sombong. Dalam cerita itu juga haruslah ada anaknya. Tapi, di sini malas saya nak ulas panjang-panjang sebab saya yakin mesti ramai yang sudah tahu ceritanya bagaimana. Sekiranya ada di antara kalian ingin tahu sinopsis kisah ini bolehlah kalian melawat di blog-blog lain.

*kurang gemar tulis sinopsis. hehe :)

Apa yang saya ingin kongsikan ialah pengajaran dari kisah TAKBUR MAMA itu adalah kita (khususnya para kaum adam) wajib memelihara semua ahli keluarganya daripada api neraka. Macam mana?

Senang je awak. Semak balik AL-QURAN dan beramallah ikut aturan yang telah ditetapkanNYA :)
cuba rujuk Surah Al-Tahrim ayat 6;

Terjemahan :
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya: manusia dan batu(berhala),  Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada ALLAH SWT dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.


*yang sedihnya cerita ni, dia tak sempat nak bawa abang, mama, adiknya ke jalan yang benar. akak iparnya in shaa ALLAH dalam redhaNYA
 :(

Rabu, 8 Mei 2013

Maaf. Andai Cinta Itu Tidak Seindah yang kau Harapkan..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan lagi hari ni untuk terus menulis apa saja yang terlintas di fikiran saat ni. Maaflah andai ada post saya banyak berkaitan hati dan perasaan. Biasalah itu perkara normal. Fitrah kita untuk mencintai dan dicintai. Tapi ingat! Hidup dalam batas hukum tau.

In shaa ALLAH, kali ini saya ingin berkongsi satu kata-kata soal  cinta.

Awak,
Maaf saya ucapkan kerana saat ini tidak terlalu mencintai
Kerana awak belum sah milik saya.

Maaf juga saya ucapkan kerana saya tak pernah
berkata saya sayang
tapi ingatlah
sayang saya tak perlu diucap di bibir
cukup ALLAH tahu saya sayang

Maaf andai cinta ini tak sama seperti orang lain
Boleh keluar jalan-jalan
Makan sama-sama
Tak mungkin..tak mungkin itu semua terjadi
Selagi kita belum bernikah

Maaf juga saya ucapkan
andai saya bukanlah pencinta yang terbaik saat ini
tapi ingatlah saya akan menjadi pencinta terbaik itu
Saat kita sudah diijab kabul

Maaf juga andai saat ini
cinta tak seindah yang diharapkan
jangan risau
cinta itu akan jadi indah bila
dah bernikah nanti

#jodoh pasti bertemu...

Berapa banyak maaf la. Maaf semua hanya ini saja yang saya mampu tulis untuk kalian.