Ahad, 2 Jun 2013

Seindah Kasih KHALIFAH 2

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup hari ini. Tahniah saya ucapkan kerana masih mahu menjadi khalifah di atas bumi ini.

Ok, pertama sekali saya mohon maaf andai ada catatan saya di blog mengganggu hati-hati kalian semua. Semua kena ingat ye, apa sahaja yang saya kongsikan di blog kecil ini semuanya demi menjadikan diri ini ke arah yang lebih baik. Moga-moga ada manfaat bersama. :)

Berkaitan tajuk di atas, Seindah Kasih KHALIFAH 2. Apa tu? Tajuk drama ke? Atau novel?
Bukan. Bukan drama mahupun novel. Tapi itu adalah nama blog saya ini. 

Dengan izin ALLAH jua, blog ini saya ingin tampilkan dengan konsep yang agak berbeza dengan blog saya yang dulu-dulu. Harap nama blog ni kekal sampai akhir hayat saya. :)

KONSEP BLOG SKK 2 >>> Apa yang ingin ditonjolkan kepada kalian semua? Blog ini saya cipta bukan semata-mata untuk mencari hiburan. Tapi, saya ingin mencari kepuasan untuk menulis. Walaupun tidak banyak benda yang boleh saya tulis namun, saya nak juga kongsikan segala ilmu untuk manfaat bersama. Maklumlah, kita bukanlah insan yang sempurna. Kita banyak kekurangannya.

MAKSUD SKK >>> Seindah Kasih KHALIFAH. Memang bunyinya seperti novel kan? Tapi, kenapa khalifah? Semua sedia maklum, khalifah bermaksud pemimpin. Pemimpin atau ketua yang diamanahkan untuk menjaga dan membimbing ke arah kebaikan.
Saya adalah khalifah. Kalian semua juga adalah khalifah. Pemimpin. Khalifah kepada diri, masyarakat dan bumi(agama).

MAKSUD UTAMA SKK >>> Saya sebagai khalifah kasih kepada kalian semua. Malah, saya juga kasih kepada diri saya sendiri. Itulah makna daripada nama blog saya ini.

SEINDAH KASIH KHALIFAH  2  ^_^

Untuk pengetahuan sahabat semua. Blog Seindah Kasih KHALIFAH ini punya siri 1 ye. Konsep tetap sama.
Nanti saya kongsikan linknya ye. :)