Ahad, 3 November 2013

Salam Maal Hijrah ^_^

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Alhamdulillah, akhirnya ada juga kesempatan untuk saya menulis di blog kecil ni. Ok, berbalik kepada tajuk di atas. Salam MAAL HIJRAH. Ok, maal hijrah bermakna akan masuknya bulan Muharram atau lebih dikenali sebagai awal Muharram. Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar ISLAM. Januari pula merupakan bulan pertama bagi kalendar Masihi..

Ok, di bawah ini saya sertakan sekali bacaan doa akhir dan awal tahun.

Doa Akhir Tahun pun kena baca juga. Waktu bacaannya lepas solat Asar (sebelum masuknya waktu Maghrib)
Diikuti dengan Doa Awal Tahun pula dibaca selepas solat Maghrib.
Mudah mudahan segala amal kita diterima oleh ALLAH SWT Tuhan Penguasa Langit & Bumi.
Sampai sini sajalah kita bertemu..in shaa ALLAH, esok lusa kita jumpa lagi. 
Assalamualaikum.. :)

Ahad, 2 Jun 2013

Seindah Kasih KHALIFAH 2

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup hari ini. Tahniah saya ucapkan kerana masih mahu menjadi khalifah di atas bumi ini.

Ok, pertama sekali saya mohon maaf andai ada catatan saya di blog mengganggu hati-hati kalian semua. Semua kena ingat ye, apa sahaja yang saya kongsikan di blog kecil ini semuanya demi menjadikan diri ini ke arah yang lebih baik. Moga-moga ada manfaat bersama. :)

Berkaitan tajuk di atas, Seindah Kasih KHALIFAH 2. Apa tu? Tajuk drama ke? Atau novel?
Bukan. Bukan drama mahupun novel. Tapi itu adalah nama blog saya ini. 

Dengan izin ALLAH jua, blog ini saya ingin tampilkan dengan konsep yang agak berbeza dengan blog saya yang dulu-dulu. Harap nama blog ni kekal sampai akhir hayat saya. :)

KONSEP BLOG SKK 2 >>> Apa yang ingin ditonjolkan kepada kalian semua? Blog ini saya cipta bukan semata-mata untuk mencari hiburan. Tapi, saya ingin mencari kepuasan untuk menulis. Walaupun tidak banyak benda yang boleh saya tulis namun, saya nak juga kongsikan segala ilmu untuk manfaat bersama. Maklumlah, kita bukanlah insan yang sempurna. Kita banyak kekurangannya.

MAKSUD SKK >>> Seindah Kasih KHALIFAH. Memang bunyinya seperti novel kan? Tapi, kenapa khalifah? Semua sedia maklum, khalifah bermaksud pemimpin. Pemimpin atau ketua yang diamanahkan untuk menjaga dan membimbing ke arah kebaikan.
Saya adalah khalifah. Kalian semua juga adalah khalifah. Pemimpin. Khalifah kepada diri, masyarakat dan bumi(agama).

MAKSUD UTAMA SKK >>> Saya sebagai khalifah kasih kepada kalian semua. Malah, saya juga kasih kepada diri saya sendiri. Itulah makna daripada nama blog saya ini.

SEINDAH KASIH KHALIFAH  2  ^_^

Untuk pengetahuan sahabat semua. Blog Seindah Kasih KHALIFAH ini punya siri 1 ye. Konsep tetap sama.
Nanti saya kongsikan linknya ye. :)

Khamis, 30 Mei 2013

Nak kenal iblis ?

Assalamualaikum semua dan selamat berjuang buat kalian semua kerana masih lagi sanggup untuk teruskan hidup di atas muka bumi ini. Tahniah saya ucapkan. :)

Nak kenal Iblis? What? Iblis? Kenapa nak kena kenal benda tu? Bencilah aku.
Baguslah kalau sudah membenci makhluk ni. Tapi, benci saja tidak cukup wahai sahabat. Kita juga harus mengenalinya. Tapi, just kenal biasa-biasa saja. Cukup kenal bahawa dia juga makhluk ALLAH SWT seperti kita. Cukup itu sahaja.

Ok, kali ini saya nak kalian dan saya kenal siapa sahabat-sahabat iblis dan siapa pula musuhnya.
Yang pertama, kita kenal dulu siapa musuh-musuh iblis.

MUSUH-MUSUH Iblis

  • RASULULLAH SAW sendiri.
  • Orang beriman yang suka bagi nasihat ke arah kebaikan.
  • Orang beriman yang sentiasa bertaubat di atas dosanya.
  • Orang beriman yang berakhlak mulia/mahmudah/terpuji
  • Orang beriman yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
  • Orang beriman yang sentiasa berwuduk.
  • Orang beriman yang tidak mahu melakukan sesuatu yang haram.
  • Orang beriman yang mengerjakan solat dengan penuh khusyuk.
  • Ketua negara atau pemerintah/ imam yang adil.
  • Orang kaya yang rendah hati.
  • Peniaga yang jujur dan amanah.
  • Orang beriman yang beristiqomah dalam membaca AL-QURAN.
  • Orang yang bangun solat di waktu tengah malam sedang orang lain tidur.
Ok, itu musuh-musuh dia. Alhamdulillah, kalau kita jadi musuh iblis itu maknanya kita berjaya membuat dia marah. Baguslah kan. 
Yang kedua, kita kenal pula siapa dia sahabat-sahabat iblis. Bahaya ni. Kalau ada tanda-tanda jadi sahabat dia. Cepat-cepatlah berazam untuk berubah ye. :)

SAHABAT-SAHABAT Iblis
  • Orang kaya yang sombong.
  • Peminum arak
  • Hakim yang tidak adil. (bukan hakim saja. Hakim ni termasuk suami, ketua keluarga, pemerintah)
  • Peniaga yang tidak jujur.
  • Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
  • Orang yang memakan harata anak yatim.
  • Orang yang beramal kerana nama.
  • Orang yang suka duduk termenung dan mengelamun.
  • Penghasut dan pendengki bila nampak orang lain dapat kesenangan

Ok, itu dia sahabat-sahabat iblis. Sebenarnya banyak lagi saya rasa. Tapi,ingatlah semua kelakuan-kelakuan yang kurang baik/mazmumah itu semua akan membuatkan kita menjadi sahabat dan mungkin teman yang rapat sekali dengan iblis. Mesti kita tak nak kan? Takut kut...hehe

Jumaat, 24 Mei 2013

Sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W (bahagian 1)


Assalamualaikum kepada semua umat islam di seluruh Malaysia...
Alhamdulillah, kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya rasa ilmu ni bagus untuk kita semua. in shaa ALLAH, bagus... :) 

Tentang sunnah-sunnah RASULULLAH SAW :)

Sunnah yang pertama ingin saya bicarakan adalah..sunnah bangun daripada tidur...mungkin sunnah ini sering diabaikan..atau ada yang kurang jelas tentangnya lagi...
Tak apalah..kita sama-sama berkongsi sunnah nabi ye..

1.Bila kalian bangun je, sapulah kedua tapak tangan tu ke atas muka kalian kerana apa ya? Supaya menagntuk kalian hilang..Insya-ALLAH.

2.Bila bangun tu..bacalah doa lepas bangun tidur. Paling mudah ucap Alhamdulillah :)
Itu sebagai tanda kita bersyukur dapat hidup lagi..

3.Gosok gigilah..lepas tu?

 Lepas tu SOLAT SUBUH.. :)

okey, yang tadi tu sunnah selepas bangun tidur..SUNNAH yang kedua pulak kita masuk bab SUNNAH BERSIWAK..kalau tak tau maksudnya..boleh semak kamus

Ok..masa kalian ambil air sembahyang, kalau kalian gosok gigi dengan siwak...itu namanya sunnah..

Banyak kelebihan bersiwak ni...nak tahu tak? kalau nak sila lihat di bawah ... :)


1.menghilangkan bau busuk dan dpt tambahkan deria rasa kalian semua...

2.Tajamkan ingatan kalian...

3.Menghilangkan gelema dan kahak..

4.Bau mulut jadi harum...

5.Adanya cahaya (nur) pada wajah kalian..(bagi yg sentiasa amalkannya)

6.Gigi kalian pun jadi putih berseri spt bulan purnama..

7.Dapat kuatkan penglihatan kalian..

8.Dapat keredhaan ALLAH SWT (ini yg penting sekali)


Waktu yang SUNNAH BERSIWAK...adalah...

1.Bila kalian nak baca AL-QURAN/HADIS.

2.Bila mulut kalian ada bau yang tak menyenangkan..(faham-fahamlah ye)

3.Bila nak berzikir...

4.Sebelum kalian (suami-isteri) hendak bersama.
(yg belum jadi suami-isteri....jangan nak gatal-gatal)

5.Lepas kalian pergi mana-mana...kalian masuk rumah, terus bersiwak..

6.Bila kalian ada rasa lapar dan dahaga..(mungkin kalian tertanya-tanya kenapa...saya tak boleh nak jawab...yang penting ada hikmahnya tersendiri..)

7.Bila kalian rasa tanda-tanda kalian akan meninggalkan dunia yang fana ini...bolehlah bersugi...

8.Masa sahur..

9.Sebelum kalian menjamah makanan yg enak lagi halal...

10.Sebelum kalian nak pergi korea ke, MAKKAH ke..seeloknya bersugilah.. (maksudnya nak pergi jauh)

11.Sebelum kalian mau tidur..(semoga diulit mimpi indah)

12.Lepas kalian bangun dari lena yang indah tu... (lps bangun dari tidur laa..)






Rabu, 22 Mei 2013

Jalan Kembali kepada ISLAM ?

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis di blog kecil ini. Berkaitan tajuk di atas, apa yang kalian fikir? Jalan kembali kepada ISLAM, adakah? Ada ke jalan nak balik semula menjadi seorang ISLAM yang sejati?

Jawapannya pasti adalah. Dengan izin ALLAH, saya akan berikan 5 tips untuk kembali menjadi fitrah. yakni kembali kepada ISLAM. Mungkin ada di antara kita yang merasakan dirinya tidak cukup agamanya. Bukan agamanya tidak cukup, tapi mungkin kurang sedikit ilmu pengetahuannya tentang agama ISLAM.

5 Tips ini saya rompak ambil daripada akhbar Berita Harian yang bertarikh 10 Julai 2011. Persoalan Agama dalam Kolum Agama yang dijawab oleh Ustaz Zahazan Mohamed
:)

Ok, mari kita tengok tips-tipsnya :

Sekiranya kita benar-benar hendak berubah dan kembali kepada ISLAM, kita perlu memahami beberapa perkara dan beriltizam dengannya.

 Antaranya ;


  • SAYA HENDAKLAH MEMAHAMI MATLAMAT HIDUP SAYA.


ALLAH SWT berfirman dalam Surah Az-Zaariyat ayat 56 yang bermaksud;

Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk mereka beribadat (mengabdikan) kepada-KU.

  • SAYA MESTI MENGETAHUI NILAI DUNIA BERBANDING AKHIRAT.
ALLAH SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 38 yang bermaksud;

Apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat, padahal kenikmatan hidup di dunia (di bandingkan dengan kehidupan) akhirat hanyalah sedikit.

  • SAYA HENDAKLAH MENGETAHUI DAN SEDAR BAHAWA MAUT ITU SUATU PERKARA YANG PASTI DAN MESTI MENGAMBIL PELAJARAN DARINYA.
Firman ALLAH SWT dalam Surah Ali Imran ayat 185;

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahala kamu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

  • SAYA HENDAKLAH MENUNTUT ILMU AGAMA AGAR MENGETAHUI HAKIKAT ISLAM DENGAN MENDALAM, MENGETAHUI HUKUM HAKAMNYA DAN HALAL HARAMNYA.
ALLAH SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 122;

Hendaklah keluar sebahagian saja daripada tiap-tiap puak di antara mereka (pergi berperang),supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajarkaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan ALLAH).

  • SAYA MESTI MENGETAHUI APAKAH JAHILIYYAH ITU DANMENGHINDARKAN DIRI DARI TIPU DAYANYA SERTA MEMERANGINYA.
ALLAH SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 257;

ALLAH Pelindung (Penolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang kafir, penolong-penolongnya mereka adalah Taghut(segala yang menyesatkan) yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


>>>> Demikianlah langkah yang disebut Syeikh Fathi Yakan dalam kitab beliau MAZA YA'NI INTIMA'I LIL ISLAM.  <<<< Ustaz Zahazan Mohamed yang tulis. :)
Wallahua'lam :)

Isnin, 13 Mei 2013

Takbur Mama...

Assalamualaikum semua.


Alhamdulillah, masih diberi keizinan oleh ALLAH untuk terus menulis di blog kecil ni. In shaa ALLAH hari ni saya ingin berkongsi cerita tentang cerekarama yang disiarkan di tv3 pada hari Sabtu lalu 11 Mei 2013.

Tajuk cerekarama tersebut adalah seperti di atas. TAKBUR MAMA? Ye, itu tajuknya. Kalau dilihat dari tajuk sudah tentu kita dapat agak bagaimana jalan ceritanya. Mesti dalam cerita itu, seorang ibu atau mama digambarkan seorang yang agak takbur atau sombong. Dalam cerita itu juga haruslah ada anaknya. Tapi, di sini malas saya nak ulas panjang-panjang sebab saya yakin mesti ramai yang sudah tahu ceritanya bagaimana. Sekiranya ada di antara kalian ingin tahu sinopsis kisah ini bolehlah kalian melawat di blog-blog lain.

*kurang gemar tulis sinopsis. hehe :)

Apa yang saya ingin kongsikan ialah pengajaran dari kisah TAKBUR MAMA itu adalah kita (khususnya para kaum adam) wajib memelihara semua ahli keluarganya daripada api neraka. Macam mana?

Senang je awak. Semak balik AL-QURAN dan beramallah ikut aturan yang telah ditetapkanNYA :)
cuba rujuk Surah Al-Tahrim ayat 6;

Terjemahan :
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya: manusia dan batu(berhala),  Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada ALLAH SWT dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.


*yang sedihnya cerita ni, dia tak sempat nak bawa abang, mama, adiknya ke jalan yang benar. akak iparnya in shaa ALLAH dalam redhaNYA
 :(

Rabu, 8 Mei 2013

Maaf. Andai Cinta Itu Tidak Seindah yang kau Harapkan..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan lagi hari ni untuk terus menulis apa saja yang terlintas di fikiran saat ni. Maaflah andai ada post saya banyak berkaitan hati dan perasaan. Biasalah itu perkara normal. Fitrah kita untuk mencintai dan dicintai. Tapi ingat! Hidup dalam batas hukum tau.

In shaa ALLAH, kali ini saya ingin berkongsi satu kata-kata soal  cinta.

Awak,
Maaf saya ucapkan kerana saat ini tidak terlalu mencintai
Kerana awak belum sah milik saya.

Maaf juga saya ucapkan kerana saya tak pernah
berkata saya sayang
tapi ingatlah
sayang saya tak perlu diucap di bibir
cukup ALLAH tahu saya sayang

Maaf andai cinta ini tak sama seperti orang lain
Boleh keluar jalan-jalan
Makan sama-sama
Tak mungkin..tak mungkin itu semua terjadi
Selagi kita belum bernikah

Maaf juga saya ucapkan
andai saya bukanlah pencinta yang terbaik saat ini
tapi ingatlah saya akan menjadi pencinta terbaik itu
Saat kita sudah diijab kabul

Maaf juga andai saat ini
cinta tak seindah yang diharapkan
jangan risau
cinta itu akan jadi indah bila
dah bernikah nanti

#jodoh pasti bertemu...

Berapa banyak maaf la. Maaf semua hanya ini saja yang saya mampu tulis untuk kalian.

Selasa, 7 Mei 2013

Nikmat itu ujian...

Alhamdulillah, hari ini saya masih berkesempatan untuk menulis sekali lagi di blog yang tak seberapa comel ni. :) Terima kasih kepada anak Adam yang sudi membaca beberapa hasil pandangan dan pendapat saya tentang apa jua isu.

Tajuk di atas tertulis perkataan nikmat. Apa itu nikmat? Bagi pendapat saya, nikmat itu adalah satu bentuk kesenangan yang ALLAH kurniakan untuk semua hambaNYA. Tidak kira yang beriman atau sebaliknya.

Nikmat... RASULULLAH SAW pernah bersabda yang bermaksud; Dua nikmat yang sering diabaikan oleh manusia, iaitu nikmat masa lapang dan waktu sihat.
Kalian faham apa yang sebenarnya dimaksudkan? Baiklah seandainya ada di antara kita yang kurang mengerti. Saya akan cuba membantu. in shaa ALLAH :)

Dua nikmat iaitu masa lapang dan sihat. Dua nikmat ini selalu lupakan atau sering diabaikan oleh manusia. Maksudnya manusia tidak mahu mengambil kebaikan yang ada pada dua nikmat ini. Kerana apa? Kerana nikmat ini kita dapat dengan percuma. Tanpa bayaran. Free of charge.

Kenapa dua nikmat ini saja? Yang lain?
Sebenarnya banyak lagi nikmat yang kita dapat di dunia ini. Namun dua nikmat ini kita sering tidak tahu dan tak mahu bersyukur bila kita meraihnya.

Mungkin ada di antara kita waktu sihat bukan main lagi. Pesta sana sini, merayau entah ke mana. Pergi masjid tak nak. Suruh solat tak nak. Katanya masih muda, enjoy dululah. Ha, itulah yang dimaksudkan 2 nikmat itu. Masa lapang digunakan untuk apa? Bersantai-santai. Nanti-nantilah solat, waktu solat kan masih panjang. Ye, waktu solat masih panjang. Tapi, umur kita? Ajal kita? Siapa yang dapat agak semua itu.




Bila time sakit, masa tulah nak bertaubat. Masa tu jugaklah baru sedar dosa-dosa yang dia dah buat selama ini. Kita semua tahu kan, bila sakit. Nak buat ibadah, kita akan berasa tidak selesa, tak mampu untuk khusyuk kerana menahan kesakitan yang dialami.

Jelas tak? Maksudnya di sini. Dua nikmat itu saling berkait rapat dan yang penting RASULULLAH SAW sendiri yang berkata bahawa dua nikmat itulah yang sering dilupakan manusia. Macam mana?
Mahu berubah atau tidak? Tanya kepada hati anda.

Jom sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Ingat! Dua nikmat itu..Nikmat itu berbentuk ujian. Ujian untuk menentukan sama ada kita beriman atau sebaliknya.

Wallahu a'lam.
Wassalam semua. ^_^

Isnin, 6 Mei 2013

Terserah Kepada ALLAH SWT

Terserah DIA hendak buat apa pun...


Alhamdulillah, hari ni saya ingin berbicara pula tentang tajuk di atas. Terserah atau berserah? :) Rasa-rasanya maksudnya sama atau tidak?

Bagi saya, terserah jauh lebih redha atau lebih pasrah. Apa yang ALLAH nak lakukan, just do it. Sebab ALLAH Maha Berkuasa atas setiap perkara di langit dan bumi.

Berserah kepada ALLAH lebih kepada tawakal. Tawakal tu apa pula? Tawakal itu kita serahkan kepada ALLAH atas sesuatu hal atau urusan yang kita buat. Maksudnya di sini kita inginkan ganjaran atas hal yang kita lakukan itu. Misalnya, kita belajar bersungguh-sungguh, siang malam study saja, kismis berlambak sudah dikunyah. Ha, setelah itu mula menjalani exam peperiksaan tak kiralah peperiksaan apa.   

Peperiksaan awal tahun ke, akhir tahun ke. Macam-macam lagilah. :)

Lepas saja selesai exam, barulah kita bertawakal. Berserah kepada ALLAH atas segala usaha yang kita dah buat. Maksudnya, kita berharap sangat ALLAH SWT bagi kita cemerlang dalam peperiksaan itu. Dapat A plus plus. :) in shaa ALLAH, tak mustahil ianya berlaku. Ingat! Doa adalah salah satu senjata bagi orang mukmin. 

Kembali balik dengan maksud terserah tadi. Terserah ni kita tawakal juga. Tapi, terserah ni lebih kepada kita sanggup terima apa saja keputusan yang ALLAH dah tetapkan untuknya. Baik atau buruk dia tetap terima. Berbanding dengan berserah, berserah lebih kepada berharap yang baik-baik sahaja. 
Andai kata, orang yang berserah tadi mendapat keputusan yang kurang memuaskan hatinya dengan kata lain dia tak dapat apa yang dia harapkan.  Berkemungkinan dia akan kecewa malah lebih parah lagi berputus asa untuk berusaha lagi pada masa akan datang. Itu yang kita tak nak.

Seharusnya kita di samping berusaha, disertai dengan tawakal. Tawakal yang kita pegang itu hendaklah betul-betul kita yakin kepadaNYA. Tak kisahlah baik atau buruk keputusanNYA terimalah keputusan itu dengan hati yang lapang.
Mungkin nampak buruk di mata kita, tapi tak siapa tahu mungkin baik pada masa hadapan kelak.

p/s: Apa yang penting jangan putus asa untuk berdoa, bertawakal dan beribadah.Percayalah bahawa ALLAH SWT amat menyayangi kita semua. Kalau DIA tidak sayang, kenapa kita masih diberi peluang untuk terus bernafas hari ini? Jangan lupa untuk ucap syukur atas segala nikmat yang ALLAH SWT dah beri kepada kita. Jangan jadi hamba yang SOMBONG :)

Perlu ke kita bercinta ?

Alhamdulillah, kali ini ingin saya berkongsi sedikit pandangan tentang cinta. Cinta? Ye, pasal cinta.
Tajuk di atas bermaksud adakah kita perlu bercinta? Kalau jawapannya ya. Kenapa? Penting sangat ke? Itu sebentar lagi saya akan berikan pandangan saya terhadap cinta.


C . I . N . T . A

Bila disebut tentang cinta, apa yang terlintas di fikiran kalian semua? Mungkin ada di antara kita akan menjawab pasangan ala-ala laila majnun  couple tu la yang dikatakan bercinta, dan mungkin juga ada yang menjawab cinta kepada ALLAH, RASULULLAH SAW, dan ISLAM. Alhamdulillah. :)

Pada pendapat saya tentang cinta. Cinta itu penting lebih-lebih lagi cinta yang ditujukan khas kepada ALLAH SWT pencipta kita. Semua mesti dah tahu kan. Bahawa ALLAH SWT yang mencipta dan memberikan cinta kepada hamba-hambaNYA :) Baik ALLAH kan, siap bagi kita hidup..bukan setakat hidup free saja. Malah diberinya cinta. Cinta itu juga adalah satu amanah dan ujian buat manusia.

Bercinta itu perlu. Kenapa pula?
Kerana dengan cinta kita dapat hidup lebih bersemangat sampai ke hari ini. Bercintalah dengan ALLAH SWT, itu memang perlu. Bukan saja perlu malah sangat-sangat penting untuk terus bernafas di atas bumi ini dan seterusnya menuju bahagia ke syurga. in shaa ALLAH :)

Hati Kita . Iman Kita . Jaga Baik-baik.

HATI KITA . IMAN KITA . JAGA BAIK-BAIK ye :D


Asma' binti Yazid Ibn al- Sakan pernah bertanya kpd RASULULLAH SAW : Ya RASULULLAH apakah hati itu dpt berbolak-balik ? 
Baginda menjwb . Ya . ALLAH tdk menciptakn seorg anak Adam melainkan hatinya brda di antara 2 jari jemari ALLAH . Jika ALLAH hendak, Dia akn menjadikannya lurus . dan jika Dia mahu maka Dia akn menjadiknnya condong kpd kesesatan .
# jari jemari yg dikatakan itu tdk sama dgn jari jemari manusia. 


*Jadi . betul lah hati manusia mmg blh brubah dan akn berubah dgn izin ALLAH SWT . Kita kena minta kpd ALLAH selalu agr dtetapkan hati dalam agamaNYA (ISLAM) . in shaa ALLAH :)

Aku masih perlu ditarbiyah ...

Alhamdulillah, ALLAH masih mengizinkan saya untuk menulis di blog kecil ini. Berkenaan tajuk di atas. Kalian rasa macam mana? Pernah atau tidak terdetik di hati kalian untuk ditarbiyah atau masih perlu ditarbiyah dan terus ditarbiyah. Mesti pernah kan. Sebab itu fitrah kita. Fitrah untuk membuat kebaikan dan terdorong untuk berbuat baik.

Apa itu tarbiyah? Penting sangat ke?
Kalau penting, sila jelaskan kepada kami..Baiklah, di sini saya akan memberikan sedikit pandangan mengenai apa itu tarbiyah. Menurut pendapat sayalah, tarbiyah itu adalah salah satu jalan atau cara untuk kita menuju ke jalan yang dierdhaiNYA. Emm, ada faham tak?

Alhamdulillah, seandainya kalian faham. Kalau tidak faham. Tidak mengapa. Saya akan menjelaskan dengan maksud yang senang nak faham. Tak usah pening-pening kepala. :D
Ok, senang cerita TARBIYAH itu mengajar kita semua macam mana nak jadi orang baik. Biasalah semua orang nak jadi baik kan. Semua nak kelihatan baik-baik sisi manusia dan paling utama di sisi ALLAH.
Tapi, ingat! TARBIYAH bukannya untuk tunjuk kita ni orang baik, tak ada apa-apa dosa kononnya. Kononnyalah. Tapi, TARBIYAH sebenarnya lebih untuk membaiki diri sendiri menjadi lebih baik di samping ingin mengajak orang lain untuk turut bersama-sama menjalankan TARBIYAH.

 Wallahu a'lam
Wassalam .


Ahad, 5 Mei 2013

Alhamdulillah :)

Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk menulis di blog kecil ini . Tujuan saya untuk menulis di blog ini bukan saja-saja, namun saya ingin lebih untuk mentarbiyah hati sendiri . Sebab apa . Sebab saya tahu saya bukanlah hamba yang baik . Tapi, saya cuba berusaha untuk jadi yang terbaik di sisi ALLAH SWT :) In shaa ALLAH, sama-sama lah kita berusaha mencapai redhaNYA .

Dan, saya ingin berkongsi satu kata-kata yang mana kata-kata ni saya simpan dan pegang .
Ingatlah, kita ni sajalah yang memerlukan ALLAH untuk terus hidup . ALLAH tidak memerlukan kita langsung untuk membuatkan DIA terus berkuasa . Kerana ALLAH SWT tetap Maha Berkuasa atas setiap hal di langit dan bumiNYA walaupun semua makhluk bersatu menentangNYA . Hebatnya kuasa yang ALLAH ada . Tidak mampu untuk kita melawanNYA kerana kita hanya manusia ciptaanNYA . SubhanALLAH :)