Rabu, 22 Mei 2013

Jalan Kembali kepada ISLAM ?

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis di blog kecil ini. Berkaitan tajuk di atas, apa yang kalian fikir? Jalan kembali kepada ISLAM, adakah? Ada ke jalan nak balik semula menjadi seorang ISLAM yang sejati?

Jawapannya pasti adalah. Dengan izin ALLAH, saya akan berikan 5 tips untuk kembali menjadi fitrah. yakni kembali kepada ISLAM. Mungkin ada di antara kita yang merasakan dirinya tidak cukup agamanya. Bukan agamanya tidak cukup, tapi mungkin kurang sedikit ilmu pengetahuannya tentang agama ISLAM.

5 Tips ini saya rompak ambil daripada akhbar Berita Harian yang bertarikh 10 Julai 2011. Persoalan Agama dalam Kolum Agama yang dijawab oleh Ustaz Zahazan Mohamed
:)

Ok, mari kita tengok tips-tipsnya :

Sekiranya kita benar-benar hendak berubah dan kembali kepada ISLAM, kita perlu memahami beberapa perkara dan beriltizam dengannya.

 Antaranya ;


  • SAYA HENDAKLAH MEMAHAMI MATLAMAT HIDUP SAYA.


ALLAH SWT berfirman dalam Surah Az-Zaariyat ayat 56 yang bermaksud;

Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk mereka beribadat (mengabdikan) kepada-KU.

  • SAYA MESTI MENGETAHUI NILAI DUNIA BERBANDING AKHIRAT.
ALLAH SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 38 yang bermaksud;

Apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat, padahal kenikmatan hidup di dunia (di bandingkan dengan kehidupan) akhirat hanyalah sedikit.

  • SAYA HENDAKLAH MENGETAHUI DAN SEDAR BAHAWA MAUT ITU SUATU PERKARA YANG PASTI DAN MESTI MENGAMBIL PELAJARAN DARINYA.
Firman ALLAH SWT dalam Surah Ali Imran ayat 185;

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahala kamu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

  • SAYA HENDAKLAH MENUNTUT ILMU AGAMA AGAR MENGETAHUI HAKIKAT ISLAM DENGAN MENDALAM, MENGETAHUI HUKUM HAKAMNYA DAN HALAL HARAMNYA.
ALLAH SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 122;

Hendaklah keluar sebahagian saja daripada tiap-tiap puak di antara mereka (pergi berperang),supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajarkaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan ALLAH).

  • SAYA MESTI MENGETAHUI APAKAH JAHILIYYAH ITU DANMENGHINDARKAN DIRI DARI TIPU DAYANYA SERTA MEMERANGINYA.
ALLAH SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 257;

ALLAH Pelindung (Penolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang kafir, penolong-penolongnya mereka adalah Taghut(segala yang menyesatkan) yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


>>>> Demikianlah langkah yang disebut Syeikh Fathi Yakan dalam kitab beliau MAZA YA'NI INTIMA'I LIL ISLAM.  <<<< Ustaz Zahazan Mohamed yang tulis. :)
Wallahua'lam :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan