Selasa, 7 Mei 2013

Nikmat itu ujian...

Alhamdulillah, hari ini saya masih berkesempatan untuk menulis sekali lagi di blog yang tak seberapa comel ni. :) Terima kasih kepada anak Adam yang sudi membaca beberapa hasil pandangan dan pendapat saya tentang apa jua isu.

Tajuk di atas tertulis perkataan nikmat. Apa itu nikmat? Bagi pendapat saya, nikmat itu adalah satu bentuk kesenangan yang ALLAH kurniakan untuk semua hambaNYA. Tidak kira yang beriman atau sebaliknya.

Nikmat... RASULULLAH SAW pernah bersabda yang bermaksud; Dua nikmat yang sering diabaikan oleh manusia, iaitu nikmat masa lapang dan waktu sihat.
Kalian faham apa yang sebenarnya dimaksudkan? Baiklah seandainya ada di antara kita yang kurang mengerti. Saya akan cuba membantu. in shaa ALLAH :)

Dua nikmat iaitu masa lapang dan sihat. Dua nikmat ini selalu lupakan atau sering diabaikan oleh manusia. Maksudnya manusia tidak mahu mengambil kebaikan yang ada pada dua nikmat ini. Kerana apa? Kerana nikmat ini kita dapat dengan percuma. Tanpa bayaran. Free of charge.

Kenapa dua nikmat ini saja? Yang lain?
Sebenarnya banyak lagi nikmat yang kita dapat di dunia ini. Namun dua nikmat ini kita sering tidak tahu dan tak mahu bersyukur bila kita meraihnya.

Mungkin ada di antara kita waktu sihat bukan main lagi. Pesta sana sini, merayau entah ke mana. Pergi masjid tak nak. Suruh solat tak nak. Katanya masih muda, enjoy dululah. Ha, itulah yang dimaksudkan 2 nikmat itu. Masa lapang digunakan untuk apa? Bersantai-santai. Nanti-nantilah solat, waktu solat kan masih panjang. Ye, waktu solat masih panjang. Tapi, umur kita? Ajal kita? Siapa yang dapat agak semua itu.




Bila time sakit, masa tulah nak bertaubat. Masa tu jugaklah baru sedar dosa-dosa yang dia dah buat selama ini. Kita semua tahu kan, bila sakit. Nak buat ibadah, kita akan berasa tidak selesa, tak mampu untuk khusyuk kerana menahan kesakitan yang dialami.

Jelas tak? Maksudnya di sini. Dua nikmat itu saling berkait rapat dan yang penting RASULULLAH SAW sendiri yang berkata bahawa dua nikmat itulah yang sering dilupakan manusia. Macam mana?
Mahu berubah atau tidak? Tanya kepada hati anda.

Jom sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Ingat! Dua nikmat itu..Nikmat itu berbentuk ujian. Ujian untuk menentukan sama ada kita beriman atau sebaliknya.

Wallahu a'lam.
Wassalam semua. ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan